Followers

Sunday, 5 February 2017

4 Kebaikan Bijirin untuk Mudah Kurus

Sarapan adalah sumber tenaga di pagi hari untuk memulakan pelbagai rutin sepanjang hari. 

Tahukah anda bahawa sarapan pagi adalah sangat penting untuk meningkatkan konsentrasi dan menjaga mood anda seharian? 

Dan tahukah anda juga bahawa dengan mengamalkan sarapan bijirin setiap pagi anda akan perolehi 4 kebaikan bijirin untuk anda mudah kurus?


bijirin, cara mudah kurus, empingan jagung, fitness, kardio, Kebaikan bijirin, kecergasan, pakaian sukan, peralatan bersenam, senaman, yoga,
Oat segera dan epal hijau.


Sarapan pagi juga sangat penting untuk kanak-kanak lebih fokus di dalam kelas kerana jutaan sel otak mereka memerlukan pelbagai nutrisi yang mencukupi.

Terdapat beberapa pilihan sarapan untuk anda memulakan hari anda dengan penuh tenaga. Antaranya adalah seperti berikut:-

1) Bijirin sarapan jagung, gandum dan oat bersalut madu (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 868 Kcal
  • Protein 5.8 gm
  • Karbohidrat 29.8 gm
  • Lemak 7.1 gm
  • Kolestrol 15.9 gm
  • Serat 0.9 gm

2) Bijirin sarapan gandum berperisa coklat (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 698 Kcal
  • Protein 5.5 gm
  • Karbohidrat 24.7 gm
  • Lemak 5.1 gm
  • Kolestrol 13.3 mg
  • Serat 1.4 gm

3) Bijirin sarapan gandum berperisa malt coklat (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 696 Kcal
  • Protein 5.8 gm
  • Karbohidrat 23.8 gm
  • Lemak 5.3 gm
  • Kolestrol 13.3 mg
  • Serat 1.4 gm

4) Kepingan emping coklat dan kacang (dalam kuantiti 30 gm)
  • Tenaga 129 Kcal
  • Gula 8.7 gm
  • Lemak 4.7 gm
  • Serat 0.8 gm
  • Sodium 0.03 gm

5) Bijirin sarapan emping jagung (dalam kuantiti 30 gm)
  • Tenaga 196 Kcal
  • Protein 6.2 gm
  • Karbohidrat 30.4 gm
  • Lemak 5.5 gm
  • Kolestrol 15.9 mg
  • Serat 1.0 gm

6) Oat segera (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 123.6 Kcal
  • Protein 5.3 gm
  • Lemak 0.6 gm
  • Karbohidrat 22.0 gm
  • Serat larut 1.5 gm
  • Sodium 1.3 gm

7) Yogurt prun rendah lemak dengan kalsium (dalam kuantiti 1 cawan atau lebih kurang 135 gm)
  • Tenaga 143 Kcal
  • Protein susu 5.8 gm
  • Lemak 2.6 gm
  • Karbohidrat 24.3 gm
  • Kalsium 216 mg

Bijirin atau sereal merupakan menu sarapan terbaik kerana ianya memenuhi keperluan vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi penting. Berikut adalah 4 kebaikan bijirin untuk keperluan tubuh badan untuk anda mudah kurus

1) Sumber Tenaga


Bijirin sangat kaya dengan bijirin kompleks yang diperlukan tubuh dalam menghasilkan tenaga. Ia sangat sesuai untuk sarapan kerana ia membekalkan tenaga selain menjaga perut agar tetap kenyang.

2) Sumber Protein


Sumber protein yang mencukupi dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh kerana bijirin sangat kaya dengan protein. Pengambilan bijirin setiap hari sangat penting untuk membina otot.

3) Menurunkan Berat Badan


Bijirin merupakan makanan yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Ia sangat sesuai dijadikan menu sarapan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan dan kurus dengan lebih mudah.

4) Mengawal Gula


Pengambilan bijirin juga mencegah penyakit diabetes. Serat pada bijirin membantu mengurangkan kecepatan pemprosesan glukosa daripada makanan, sehingga membantu dalam menjaga kadar gula dalam tubuh.

Namun walaubagaimana pun, untuk mudah kurus anda perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Senaman yang boleh anda lakukan adalah senaman yang dapat melatih kekuatan jantung dan otot seperti senaman kardio dan Yoga. 

Selain itu untuk bersenam dengan lebih selesa anda mungkin memerlukan pakaian sukan dan peralatan untuk bersenam yang sesuai supaya dapat meningkatkan semangat anda untuk bersenam setiap hari.

2 comments: