Followers

Saturday 11 February 2017

5 Posisi Yoga Asas dan 2 Barang Keperluan untuk Senaman Yoga

Yoga bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang gemar bersukan. Yoga adalah salah satu senaman yang popular pada masa kini dan dipercayai mampu menjadikan bentuk badan pengamal senaman Yoga ini semakin langsing dan menarik.

Apa yang menjadikan Yoga ini semakin digemari adalah kerana senaman Yoga ini mempunyai posisi-posisi dan gerakan-gerakan yang sangat lembut ketika menarik dan menghembus nafas selain memberi kesan lenturan pada otot-otot seluruh badan yang mana ianya menjadikan badan lebih ringan dan cergas.

Terdapat banyak posisi-posisi Yoga yang terbahagi kepada posisi Yoga asas (Basic Yoga pose), posisi Yoga pertengahan (Intermediate Yoga pose), dan posisi Yoga lanjutan (Advanced Yoga pose). 

Antara 5 posisi Yoga asas yang sangat mudah untuk dipelajari sendiri adalah Bow pose, Puppy Dog pose, Bridge pose, Cat Stretch pose, dan Wind/Gas Release pose. 


1) Bow Pose


Yoga, senaman, fitness, workout, senaman untuk kempiskan perut, bow pose, posisi yoga
Bow pose


2) Puppy Dog Pose


Yoga, senaman, fitness, workout, senaman untuk kempiskan perut, posisi yoga, puppy dog pose
Puppy Dog pose


3) Bridge Pose


Yoga, senaman, fitness, workout, senaman untuk kempiskan perut, posisi yoga, pelvic tilt pose
Bridge pose


4) Cat Stretch Pose


Yoga, senaman, fitness, workout, senaman untuk kempiskan perut, posisi yoga, cat scretch pose
Cat Stretch pose


5) Wind/ Gas Release Pose


Wind/ Gas Release Pose
Wind/ Gas Release Pose


Senaman Yoga sangat berkait rapat dengan tahap kelenturan otot, jadi harus diingat bahawa setiap posisi Yoga tidak boleh terlalu dipaksa kerana ianya akan mengakibatkan kecederaan otot. 

Jika anda terasa sakit pada bahagian yang diregang anda haruslah segera berhenti untuk berehat seketika.

Disinilah pentingnya posisi Yoga asas yang mana ianya perlu dilakukan selalu supaya dapat melatih otot untuk meningkatkan tahap kelenturan otot sebelum melakukan posisi-posisi Yoga yang lebih sukar.

Senaman Yoga tidak seperti senaman lain yang memerlukan pelbagai alatan seperti yang terdapat di pusat-pusat gimnasium. Anda hanya memerlukan 2 barang asas sahaja iaitu Yoga Sports Bra dan Yoga Mat jika anda benar-benar serius untuk mengamalkan senaman Yoga secara konsisten. 



1) Yoga Sports Bra



fitness, posisi yoga, senaman, senaman untuk kempiskan perut, workout, Yoga, Yoga Sports Bra, Sports Bra, Bra
Yoga Sports Bra


2) Yoga Mat



fitness, posisi yoga, senaman, senaman untuk kempiskan perut, workout, Yoga, Yoga mat, mat
Yoga mat


Terima kasih kerana membaca artikel 5 Posisi Yoga Asas dan Barang Keperluan untuk Senaman Yoga ini.

Yoga: Kelebihan Posisi Cat Stretch

Yoga adalah salah satu senaman yang digemari oleh ramai orang yang mengamalkan gaya hidup sihat selain melakukan senaman kecergasan kardio iaitu berjalan, jogging, berlari, menunggang basikal, zumba dan sebagainya.

Cat Stretch adalah antara posisi asas yoga untuk pemula yang sangat mudah dilakukan selain banyak manfaat yang diperolehi jika anda berdisiplin melakukan posisi Cat Stretch dalam senaman yoga ini.


body toning, cara kuruskan badan, cara mudah kurus, cat stretch pose, exercise, fitness, kecergasan, posisi cat stretch, senaman regangan otot, senaman untuk kempiskan perut, yoga,
Gambar dari Google


Antara kelebihan Posisi Cat Stretch atau Marjariasana dalam amalan Yoga adalah seperti berikut:-

  • Dapat melenturkan tulang belakang
  • Menguatkan pergelangan tangan dan bahu
  • Memberi urutan kepada organ penghadaman dan meningkatkan penghadaman
  • Membentuk abdomen (bahagian perut)
  • Merehatkan minda
  • Memperbaiki sistem peredaran darah


body toning, cara kuruskan badan, cara mudah kurus, cat stretch pose, exercise, fitness, kecergasan, posisi cat stretch, senaman regangan otot, senaman untuk kempiskan perut, yoga, tikar yoga,
Untuk lebih banyak pilihan tikar Yoga ini sila klik gambar


Terima kasih kerana membaca artikel Yoga: Kelebihan Posisi Cat Stretch ini. 

Sunday 5 February 2017

4 Kebaikan Bijirin untuk Mudah Kurus

Sarapan adalah sumber tenaga di pagi hari untuk memulakan pelbagai rutin sepanjang hari. 

Tahukah anda bahawa sarapan pagi adalah sangat penting untuk meningkatkan konsentrasi dan menjaga mood anda seharian? 

Dan tahukah anda juga bahawa dengan mengamalkan sarapan bijirin setiap pagi anda akan perolehi 4 kebaikan bijirin untuk anda mudah kurus?


bijirin, cara mudah kurus, empingan jagung, fitness, kardio, Kebaikan bijirin, kecergasan, pakaian sukan, peralatan bersenam, senaman, yoga,
Oat segera dan epal hijau.


Sarapan pagi juga sangat penting untuk kanak-kanak lebih fokus di dalam kelas kerana jutaan sel otak mereka memerlukan pelbagai nutrisi yang mencukupi.

Terdapat beberapa pilihan sarapan untuk anda memulakan hari anda dengan penuh tenaga. Antaranya adalah seperti berikut:-

1) Bijirin sarapan jagung, gandum dan oat bersalut madu (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 868 Kcal
  • Protein 5.8 gm
  • Karbohidrat 29.8 gm
  • Lemak 7.1 gm
  • Kolestrol 15.9 gm
  • Serat 0.9 gm

2) Bijirin sarapan gandum berperisa coklat (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 698 Kcal
  • Protein 5.5 gm
  • Karbohidrat 24.7 gm
  • Lemak 5.1 gm
  • Kolestrol 13.3 mg
  • Serat 1.4 gm

3) Bijirin sarapan gandum berperisa malt coklat (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 696 Kcal
  • Protein 5.8 gm
  • Karbohidrat 23.8 gm
  • Lemak 5.3 gm
  • Kolestrol 13.3 mg
  • Serat 1.4 gm

4) Kepingan emping coklat dan kacang (dalam kuantiti 30 gm)
  • Tenaga 129 Kcal
  • Gula 8.7 gm
  • Lemak 4.7 gm
  • Serat 0.8 gm
  • Sodium 0.03 gm

5) Bijirin sarapan emping jagung (dalam kuantiti 30 gm)
  • Tenaga 196 Kcal
  • Protein 6.2 gm
  • Karbohidrat 30.4 gm
  • Lemak 5.5 gm
  • Kolestrol 15.9 mg
  • Serat 1.0 gm

6) Oat segera (dalam kuantiti 25 gm)
  • Tenaga 123.6 Kcal
  • Protein 5.3 gm
  • Lemak 0.6 gm
  • Karbohidrat 22.0 gm
  • Serat larut 1.5 gm
  • Sodium 1.3 gm

7) Yogurt prun rendah lemak dengan kalsium (dalam kuantiti 1 cawan atau lebih kurang 135 gm)
  • Tenaga 143 Kcal
  • Protein susu 5.8 gm
  • Lemak 2.6 gm
  • Karbohidrat 24.3 gm
  • Kalsium 216 mg

Bijirin atau sereal merupakan menu sarapan terbaik kerana ianya memenuhi keperluan vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi penting. Berikut adalah 4 kebaikan bijirin untuk keperluan tubuh badan untuk anda mudah kurus

1) Sumber Tenaga


Bijirin sangat kaya dengan bijirin kompleks yang diperlukan tubuh dalam menghasilkan tenaga. Ia sangat sesuai untuk sarapan kerana ia membekalkan tenaga selain menjaga perut agar tetap kenyang.

2) Sumber Protein


Sumber protein yang mencukupi dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh kerana bijirin sangat kaya dengan protein. Pengambilan bijirin setiap hari sangat penting untuk membina otot.

3) Menurunkan Berat Badan


Bijirin merupakan makanan yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Ia sangat sesuai dijadikan menu sarapan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan dan kurus dengan lebih mudah.

4) Mengawal Gula


Pengambilan bijirin juga mencegah penyakit diabetes. Serat pada bijirin membantu mengurangkan kecepatan pemprosesan glukosa daripada makanan, sehingga membantu dalam menjaga kadar gula dalam tubuh.

Namun walaubagaimana pun, untuk mudah kurus anda perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Senaman yang boleh anda lakukan adalah senaman yang dapat melatih kekuatan jantung dan otot seperti senaman kardio dan Yoga. 

Selain itu untuk bersenam dengan lebih selesa anda mungkin memerlukan pakaian sukan dan peralatan untuk bersenam yang sesuai supaya dapat meningkatkan semangat anda untuk bersenam setiap hari.

Saturday 4 February 2017

6 Senaman Untuk Mencantikkan Punggung

Bagi mendapatkan bentuk badan idaman terdapat 6 senaman yang boleh di amalkan terutama untuk mencantikkan bahagian punggung iaitu Squats, Reverse Lunges, Race Block, Jumping Jack Touch Heels, Kick Back, dan Flatters Jump & Squats.

Squats 


Senaman Squats ini adalah bertujuan untuk melatih kekuatan otot bahagian bawah badan.

Reverse Lunges 


Senaman Reverse Lunges ini bertujuan untuk melatih kekuatan otot di bahagian bawah badan seperti quadriceps, gluteus maximus, hamstrings, dan core muscles.

Race Block


Senaman Race Block ni adalah untuk side tight. Kalau sesiapa ada lemak berlebihan di bahagian side pinggang boleh buat senaman Race Block ni banyak kali untuk rampingkan pinggang.

Jumping Jack Touch Heels


Senaman Jumping Jack Touch Heels ni ada combination of strength and cardio untuk melatih kekuatan jantung.

Kick Back 


Senaman mencantikkan bahagian punggung, Squats, Reverse Lunges, Race Block, Jumping Jack Touch Heels, Kick Back, dan Flatters Jump & Squats, fitness, senaman, workout
Senaman Kick Back


Senaman Kick Back ini bertujuan untuk mencantikkan pinggul dan untuk reposture tulang belakang supaya lurus dan tak bongkok.

Flatters Jump & Squats


Senaman Flatters Jump & Squats ini ada combination of cardio and strength untuk melatih kekuatan jantung. Senaman Squats pula untuk melatih kekuatan lower body part.


dan Flatters Jump & Squats, fitness, Jumping Jack Touch Heels, Kick Back, Race Block, Reverse Lunges, senaman, Senaman mencantikkan bahagian punggung, Squats, workout, sports bra,
Sports Bra


Untuk memastikan tahap kecergasan yang maksima pakaian yang di pakai mesti la sesuai contohnya pemilihan pakaian sukan seperti Sports Bra macam dalam gambar kat atas dan seluar yang betul bagi menyokong posture punggung dan membantu tubuh untuk mendapatkan udara yang secukupnya.